

THE POWER OF 1PSIS
KEMASKINI HADIR KURSUS
MEREKOD LATIHAN
Dengan adanya sistem maklumat staf, proses perekodan menjadi lancar dan bersistematik di mana maklumat kehadiran berkursus akan dimasukkan ke dalam sistem e-SIS (Electronic-Staff-Information-System). Ini dapat memperkasakan pengurusan Politeknik PSIS dan membantu di dalam mencapai Penunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator atau KPI) 4 HARI latihan setahun bagi setiap staf agar dasar pembinaan modal insan akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Berikut adalah definisi bagi kaedah merekod latihan:
1) LATIHAN :
Aktiviti latihan yang dijalankan selama 6 jam secara bersemuka
dan berterusan anjuran Jabatan, Unit-unit lain atau ULPL atau
Agensi Luar sama ada di dalam atau di luar negara. Contoh:
Kursus, Seminar, Bengkel, Konvensyen, Seminar, Persidangan,
Kolokium, Lawatan Rasmi, Forum, Simposium dan Taklimat
2) SESI PEMBELAJARAN :
Sebarang aktiviti latihan atau pembelajaran secara bersemuka
yang tempohnya kurang 6 jam, anjuran Jabatan, Unit-unit lain,
ULPL dan agensi luar.
3) PEMBELAJARAN KENDIRI :
Kaedah pembelajaran yang berkonsepkan belajar atas daya
usaha sendiri. Pembelajaran melibatkan secara bersemuka dan
tidak bersemuka (online).
KURSUS LUAR
CARA PENGESAHAN KEHADIRAN KURSUS LUAR
Sebarang kursus luar yang ingin dihadiri oleh staf adalah berdasarkan surat tawaran kursus yang dihantar oleh pihak yang berkenaan seperti Jabatan Pengajian Politeknik atau melalui pencalonan oleh pihak pengurusan seperti Pengarah PSIS atau Ketua Jabatan/Unit. Kebenaran untuk menghadiri kursus luar juga hendaklah mendapat kelulusan oleh Pengarah atau Timbalan yang menjalankan tugas sebelum staf meninggalkan tugas untuk keluar berkursus.
Staf yang telah menghadiri sebarang kursus luar dikehendaki membuat pengesahan kehadiran kursus dengan mengemukakan dokumen sokongan seperti berikut kepada Pegawai Latihan dan Pendidikan untuk tujuan kemaskini kehadiran latihan di E-SIS:
- Sijil
- Surat Tawaran Kursus
- Surat Jemputan
- Buku Catatan Perbincangan yang disahkan oleh Pengurusan Atasan/Mentor
- Sebarang dokumen berkaitan