top of page

ANJUNG PESONA

 

 

ANJUNG PESONA adalah disediakan sebagai hotel latihan untuk melatih dan menyediakan pelajar dengan keadaan sebenar di industri perhotelan dan Program latihan TSP “Time Sector Privatisation”. Terdapat 50 bilik dengan kemudahan hotel dan biliknya terdiri dari bilik Single, bilik Twin sharing, bilik Deluxe, bilik Superior dan bilik Suite yang sentiasa ditempah terutamanya pada musim konvokesyen politeknik dan semasa seminar atau latihan yang dijalankan oleh agensi kerajaan atau swasta. 

 

Kemudahan di dalam bilik disediakan bergantung kepada jenis bilik dan kadar harga bilik. Hotel ini di bangunkan bukan bertujuan untuk perniagaan tetapi objektif utama disediakan untuk kemudahan praktikal amali pelajar dan latihan sumber manusia. Namun begitu,kelulusan penggunaan perkhidmatan dan bilik hotel bergantung kepada keputusan pihak pengurusan hotel.

 

Tempahan bilik hanya boleh dilakukan pada hari bekerja sahaja bermula pukul 8.00 pagi sehingga pukul 4.30 petang.Check in adalah selepas pukul 2.30 petang manakala Check out adalah pukul 12.00 tengahari. 

© 2023 by Web-Designer. Proudly created with Wix.com

  • s-facebook
  • Twitter Metallic
bottom of page