top of page

KURSUS UNTUK PELAJAR

 

TERBUKA KEPADA YANG BERMINAT

KELAS PERSEDIAAN MUET

Kelas Persediaan MUET merupakan antara kursus TSP yang sentiasa mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di kalangan para pelajar PSIS dan juga calon persendirian dari luar. Tenaga pengajar pula terdiri daripada pensyarah Jabatan Pengajian Am yang mengajar Bahasa Inggeris. Kelas ini berlangsung selama 20 jam bagi kelas Isnin & Rabu serta kelas Selasa dan Khamis. Yuran yang dikenakan pula adalah sebanyak RM80.00 sahaja. Waktu pelaksanaan kelas ini adalah dari jam 5.30 hingga 7.30 petang.

KURSUS KAD HIJAU CIDB

TERBUKA KEPADA YANG BERMINAT

Kursus kad hijau CIDB (Construction Industry Development Board) juga merupakan kursus TSP yang turut mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan para pelajar PSIS dari Jabatan Kejuruteraan Awam dan Kejuruteraan Elektrik. Tenaga pengajar pula terdiri daripada tenaga pengajar bertauliah CIDB. Kelas ini biasanya berlangsung selama 1 HARI dan dirancang diadakan sebanyak dua kali bagi setiap semester pengajian. Yuran yang dikenakan pula adalah sebanyak RM60.00 sahaja. Waktu pelaksanaan kursus ini adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

KURSUS PRA PERKAHWINAN

TERBUKA KEPADA YANG BERMINAT

Kursus pra perkahwinan juga merupakan antara kursus yang mendapat sambutan hangat daripada pelajar PSIS kerana memberi pendedahan awal tentang alam perkahwinan. Kursus ini juga antara lain memberi panduan tentang mengurus proses perkahwinan, mempersiapkan diri menghadapi alam perkahwinan dan tanggungjawab membentuk keluarga serta cara menghadapi konfli rumahtangga dan mengatasinya dengan berkesan. Kursus ini biasanya berlangsung selama DUA HARI pada hujung minggu.  

© 2023 by Web-Designer. Proudly created with Wix.com

  • s-facebook
  • Twitter Metallic
bottom of page