
THE POWER OF 1PSIS
Maklumat Ringkas ULPL PSIS
PENGENALAN
ULPL adalah salah satu unit sokongan di dalam Organisasi PSIS. ULPL bertanggungjawab di dalam perkembangan latihan staf akademik dan sokongan akademik dari segi kemahiran dan pengetahuan termasuk meningkatkan aras kompetensi setiap staf, melaksanakan latihan kepada komuniti setempat dan juga bagi Agensi-agensi di bawah program Penswastaan Sektor masa (TSP). Oleh itu, ULPL akan membuat perancangan dari segi pengurusan dan pelaksanaan bagi menentukan latihan yang berkaitan yang diperlukan berjalan dengan lancar.
VISI
Menerajui latihan berkualiti di peringkat kebangsaan
MISI
Menjadi peneraju latihan yang berkualiti dapat dicapai melalui:
-Latihan KUDAP yang berkesan
-TSP berkualiti dan bermutu
PETUNJUK PRESTASI
Memastikan 100% staf Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) menghadiri latihan sekurang-kurang nya 4 hari dalam setahun.
Memastikan Jadual Perancangan Staf (JPL) staf dilaksanakan sekurang-kurangnya 85% dalam tempoh setahun.
Memastikan jumlah penyertaan dalam kursus Penswastaan Sektor masa (TSP) seramai 600 orang peserta dalam masa setahun.
Memastikan 10 permohonan untuk mengikuti Sangkutan Industri Pensyarah (SIP) atau Latihan Sangkutan Industri (LSI) dalam tempoh setahun.
Carta Organisasi ULPL PSIS
Pengurusan Utama ULPL

Pegawai Latihan Staf Jabatan / Unit
