

THE POWER OF 1PSIS
Maklumat Ringkas KUDAP PSIS
Latihan dalaman atau dikenali kursus dalam perkhidmatan (KUDAP) merupakan kursus yang dianjurkan oleh pihak PSIS sendiri dan dilaksanakan berdasarkan tenaga pengajar dalaman oleh staf di PSIS sendiri atau tenaga kepakaran dari luar. Lazimnya penceramah yang terlibat menyampaikan kursus atau latihan ini terdiri dari staf jabatan akademik mahupun unit-unit lain di PSIS serta penceramah dari Training Provider yang terpilih. Peserta yang terlibat dalam menghadiri KUDAP pula terdiri dari staf akademik dan staf sokongan di PSIS.
Pengenalan KUDAP
1) Kursus Kompetensi
Kategori kursus yang bertujuan meningkatkan kompetensi dan potensi individu dari segi pengetahuan, kepakaran, amalan nilai serta ciri ciri lain berkaitan tugas sedia ada
2) Kursus Pembangunan Diri
Kategori kursus yang membantu dalam peningkatan kerjaya serta menambah pengetahuan selain daripada tugas sedia ada
Fasiliti dan Kemudahan Melaksanakan KUDAP
Dewan Syarahan Utama


bilik seminar ulpl
bilik tayangan cidm


Dewan banquet
makmal komputer

